Wednesday, April 11, 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di , Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. SMK Bukit Bandaraya terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Sekolah ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English and Science for Technology (EST), Catering, Elektrik dan Elektronik.
Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer





LENCANA SEKOLAH


                                                                          
Nama sekolah yang terbentuk satu bulatan menandakan tiada titik akhir dalam menuntut ilmu.
Dataran tinggi yang disokong oleh perkataan SMKBB melambangkan mercu kejayaan yang dicita-citakan.
Warna kuning melambangkan duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,warna biru melambangkan perpaduan,warna hijau melambangkan semangat membina insan yang kamil.
Tujuh lajur biru dan kuning melambangkan negeri-negeri Malaysia.





Matlamat / Falsafah Sekolah

MATLAMAT SEKOLAH


Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa depan mereka .

Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin , berhemah tinggi dan bermaruah .

Mewujudkan suasana harmoni melalui pemupukan budaya kebersihan , tolong menolong , penyayang dan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru-guru.



FALSAFAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyai guru-guru yang berdedikasi,bertanggungjawab dan sentiasa sedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan  menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani,intelek,sosial dan berkemampuan membentuk amalanyang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara.




MOTO SEKOLAH

BERILMU,BERAKHLAK,BERBAKTI

 Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah.

Berilmu
Berusaha untauk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

Berakhlak
Berupaya untuk mengawal disiplin diri modal iu,bersopan-santun dan bertatatertib.

Berbakti
Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri,keluarga,sekolah dan negara.





 MISI SEKOLAH

 Melahirkan modal insan yang unggul dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah berteraskan pengurusan yang efektif dalam suasana yang kondusif dibantu komuniti yang prihatin.




VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya Cemerlang dan Terbilang Di Peringkat Kebangsaan Menjelang Tahun 2015.



                         Barisan Pentadbiran
barisan pentadbiran



Guru-Guru SMKBB

GURU SMKBB



Lists Of Principal Of SMKBB

Tuan Haji Abu Bakar Bin Osman
1985-1986

En.Mohd Razalli Bin Sail
1986-1990

Pn.Rokiah Binti Alias
1990-1993

Pn,Nik Rokiah Binti Nik Mat
1993-1996

Pn.Hajah Adilah Binti Meor Ahmad
1996-1998

En.Ayob Bin Abdul Manaf
1998-2000

Datin Suwarni Binti Hassan

2000-2006

Pn.Lucy Loretha Lyla B.C.Robets
2006-2008

Pn.Hanizah Binti Idris
2008-2010

Pn.Nooraini Binti Baharuddin
2011-Sekarang





PIAGAM SMK BUKIT BANDARAYA

KAMI WARGA SMK BUKIT BANDARAYA:
BERAKHLAK MULIA,CERDAS & BERKETERAMPILAN.
SUASANA PENDIDIKAN SEKOLAH YANG KONDUSIF,HARMONI,SELAMAT.
SMK BUKIT BANDARAYA SEBAGAI WADAH MENJANA ILMU
UNTUK MENGHADAPI DAN MELAYAN TETAMU
DENGAN MESRA.





                           LAGU SEKOLAH

Kami berikar penuh setia,
                                                       mencapai cita,

Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga Ibu,
Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.
Sukan juga seni budaya,
mengikut tunas agama,
Nama yang harum dibina,
SM Bukit Bandaraya.
Kami berikar penuh setia,
mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga Ibu,
Ingin jadi rakyat berguna,
Bina nusa bangsa.